Kampung halaman nan jauh
Pemandangan suatu petang dekat balai bomba kampung aku...
Hari ini terkenang pula pada kampung halaman yang sudah sekian lama ditinggalkan. Rindunya pada keluarga, adik-beradik, kucing-kucing dan suasana kampung jauh di Terengganu. Entah bila aku berpeluang pula untuk kembali ke sana.
Benarlah kata orang.. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri. Kalau kena hujan batu memang sakit. Elakkanlah dari terkena. Oleh itu jagalah alam sekitar kita. (Apa hal pulak aku mengarut ni!) Sebenarnya dah sekian lama aku tidak pulang bercuti ke kampung. Bukan tidak mahu tetapi tiada kesempatan. Yelah, kerja shift hour ni bukan senang. Kengkadang orang cuti, kita tak cuti. Kengkadang kerja pagi, kengkadang kerja malam. Tak menentu jugaklah. Nak balik kampung pun, kena pohon annual leave dulu. Dapat kelulusan, baru boleh balik. Time tu, tiket pulak problem. Maklumlah, kalau tiket bas ke pantai timur, memang sold out selalu macam goreng pisang panas. Sekelip mata dah habis. Kalau tepon ke kaunter pulak, kadang-kadang bukannya nak layan.
Gambar di atas merupakan gambar yang aku jumpa di internet masa aku search tentang kampung aku. Ada jugak hamba Allah yang pernah sampai ke sana ya? Aku ingatkan kampung aku yang terpencil tu tak ada peminat. Rerupanya ada yang letak dalam senarai kawasan pelancongan. Hik.. hik.. hik.. Nak melancong tengok apa? Tengok lembu berkawan-kawanan lepak di tengah jalan sambil melontar 'bom' merata-rata. Apa pun, kampung aku tu boleh tahan juga. Walaupun tak seindah mana, tetapi suasana kekampungannya kadang-kala mengulit sanubari juga. Kalau masa ni aku atas pokok jambu kat depan rumah, sempat juga menulis sajak sebaris dua. Aduh... feeling lerr pulak...
Mak pun dah tanya bila aku nak balik. Aku jawab, nantilah bila aku dapat cuti. Aku tahu mak rindu dekat anaknya yang nakal teramat ini. Kalau nak balik nanti, aku mesti bersiap-sedia dengan soalan-soalan yang aku tahu bakal dilontarkan pada aku:
1) Bila nak kahwin?
2) Bila abang nak masuk meminang?
3) Bila nak beli kereta?
4) Bila nak sambung belajar?
5) Tak nak beli rumah kat Terengganu ke?
6) Tak nak balik duduk dan kerja kat Terengganu ke?
7) Ofis ayah tak ada orang. Tak nak take over ke?
Dan begitulah seterusnya..
** Moralnya di sini, sebelum balik kampung, preparelah jawapan yang bernas. (Haa... jawab Siti, jawab!!)
2 Comments:
Wah, kena prepare dengan jawapan nih..:-) Kawasan pelancungan ?Kat mana, ek? Kita hari selasa sampai kamis nih kena gi Paka, ada kerje skek. :-)
By Elf, at 3:05 PM
Sebenarnya, bukan kawasan pelancongan pun. Ntah mamat manalah pulak tersesat sampai ke sana... Ni namanya Kampung Wakaf Tapai. Kalau dari Kuala Terengganu nak ke Kuala Berang memang lalu sini. Sebelah aje dengan ajil. Paka jauh lagi tu. Itu dekat Kemaman sana, dah nak masuk sampai ke Pahang.
By Hana, at 11:09 PM
Post a Comment
<< Home