Bebanan kerja
Bercerita fasal kerja ni kan, seumur hidup pun tak habis. Sebabnya, selagi kita hidup, selagi itulah kita akan bekerja untuk mencari makan dan menyara keluarga. Betul tak?
Baru-baru ini, company mem giat memperkenalkan produk-produk baru di pasaran. Sebab itu jugalah mem sibuk bermeeting sana-sini. Yelah, bidang mem ni memerlukan pengetahuan yang cukup berkenaan produk-produk company. Nanti karang kalau customer tanya, bisu tak leh jawab pulak. Oleh itu, sebelum dilunyai oleh customer dengan soalan-soalan yang macam-macam rupa, lebih baik mem lunyaikan dulu pihak product owner dan trainer. At least mem sudah punya jawapan yang sewajarnya bila ditanya.
Ada orang kata, kerja macam mem ni macam kerja makan gaji buta. Just entertain customer bila mereka call dan tanya tentang perihal produk dan juga bantu customer untuk solve technical problem bila tak dapat gunakan servis tersebut. Kalau ada call, kita buat kerjalah. Kalau tak ada, memang goyang kaki. Sebab tu, mem banyak sangat masa terluang dekat ofis ni sampai sempat berblog lagi dan post entry hari-hari.
Semuanya indah khabar dari rupa. Tidak semudah itu walaupun nampak senang aje. Cuba bayangkan nak melayan karenah manusia yang pelbagai ni, bukannya senang. Ada yang begitu, ada yang begini. Yang tahan telinga kena maki, mem jugak walaupun customer nak marah dekat company. Kadang-kadang, kita dah jelaskan elok-elok, ada jugak jenis manusia yang tak faham bahasa, lepas tu tuduh kita tak bagi info yang sewajarnya kat dia.
Teringat pula masa mem kerja dekat Telco dulu. Lagi le dashyat yang amat. Menjawab call purata 100 call sehari. Sampai mem pun dah jadi haru-biru. Panggilan lucah, panggilan kena maki, panggilan dari prank caller, semuanya mem dah rasa hampir setiap hari. Kengkadang, nak aje mem tengking. Tak dak kerja lain ke selain dari buat benda yang tak senonoh. Banyak lerr customer yang cakap benda 'ttuuuuutttt' dekat mem. Masa tu sabor jelah. Nasib baik mem tak nangis. Masa tu sebenarnya mem dah ada pengalaman menghandle customer yang pelbagai ragam. Dulu pernah kerja Law Firm. Jadi, dah terbiasa tengok 'drama swasta' ni.
Apa pun kerja yang dibuat, walaupun kadang-kala rasa terbeban, tapi mem tetap gembira. Banyak-banyak kerja yang mem buat, kerja sekarang le yang mem rasa best sekali. Bukan sahaja memperkembangkan ilmu mem dalam bidang yang telah mem belajar kat Universiti dulu, bahkan memantapkan lagi pengalaman dan kelebihan mem. Cheewahh!! Suasana kat ofis pulak memang seronok. Colleagues semua best-best. Rasanya, biarlah mem settle dekat tempat kerja yang ini dulu sebelum berfikir untuk ke tempat lain. Zaman gawat ni tak boleh nak tukar-tukar kerja sesuka hati, ye tak?
0 Comments:
Post a Comment
<< Home