Bercakap tentang hati dan perasaan
Terkadang, bila aku melihat orang lain yang aku rasakan cukup sempurna, aku jadi cemburu. Cemburu yang amat. Tetapi tidaklah sampai menyakiti manusia itu. Ingin sekali rasanya aku menjadi manusia yang lain selain dari diri ini. Tapi nanti, orang akan kata aku ni tak bersyukur dengan apa yang ada. Bukan tak bersyukur, tapi aku ni jenis yang pasif. Selalu berasa rendah diri jika dibandingkan dengan orang lain.
Tak tahulah di mana silapnya, tetapi setiap kali berada dalam kelompok manusia, pasti akan berlaku sesuatu yang tidak diingini walaupun aku telah memilih untuk bersendiri dan tak ambil tahu tentang orang lain. Ada aje yang tak puas hati. Sukarnya nak puaskan hati semua orang walaupun kita dah cuba berkali-kali.
Tak tahulah di mana silapnya, tetapi setiap kali berada dalam kelompok manusia, pasti akan berlaku sesuatu yang tidak diingini walaupun aku telah memilih untuk bersendiri dan tak ambil tahu tentang orang lain. Ada aje yang tak puas hati. Sukarnya nak puaskan hati semua orang walaupun kita dah cuba berkali-kali.
Yelah... orang tak rasa apa yang kita rasa. Cakap memang mudah, tapi yang memikul bebannya? Persahabatan bagi aku cukup menakutkan. Cukuplah dengan pengalaman ngeri yang pernah berlaku itu. Kerana peristiwa yang ibarat menusuk pedang ke dada itu, aku jadi begini akhirnya. Seolah bersembunyi dari bayang kesan silam yang amat menyakitkan hati. Makin ingin dilupakan, makin galak ia membayangi.
Pernah suatu ketika aku melawat ke Pusat Orang Kurang Upaya di Bangi. Tidak aku lupakan kata-kata seorang warga di situ yang lumpuh separuh badan dan berkerusi roda. Katanya, orang-orang seperti kami ini memandang golongan mereka seperti melihat alien dan aku ini tidak faham apa yang mereka rasai. Masa itu, mahu sahaja aku luahkan bebanan yang aku pikul ini sekian lama.
Kalau setakat dipandang seperti makhluk asing itu, aku sudah puas merasainya. Kalau dipulaukan itu buat mereka rasa terpinggir, aku sudah puas meratapinya. Kalau dikhianati itu suatu kekejaman, aku sudah puas dihina. Kerana itu, aku lari dari dunia yang lalu.
Coretan ini mungkin mengelirukan bagi mereka yang tidak mengerti. Biarkanlah... kerana aku menulis sekadar untuk meluahkan isi hati yang terperap ini untuk sesekali. Aku takut untuk mencari kawan baru kerana bimbang dikhianati lagi. Namun, aku sudah puas bersembunyi. Sampai bila hendak menjauhkan diri dan mengelak dari manusia lain. Kini, aku cuba buka kembali pintu hati untuk mencari sahabat dan rakan baru. Semoga hari baru akan memberi sinar yang gah buatku.
** Untuk makencik, terima kasih kerana sudi hulurkan salam perkenalan pada aku. Makenciklah teman blog pertama yang kukenali. Untuk abang, Amar dan Nurul: terima kasih kerana menerima diri ini seadanya.
2 Comments:
Sama sama. Makincek pun tak paham apa yang dah Hana lalui sebelum ni.:-) Mudah-mudahan kehidupan Hana lepas nih lebih baik dan akan berterusan kearah yang lebih baik, yach!
By
Elf, at 11:03 AM
Biasa lerr tu makencik. Problem masing-masing. Apa-apa pun, semoga kita semua gembira selalu hingga ke akhir hayat.
By
Hana, at 3:08 PM
Post a Comment
<< Home