Demam kembali lagi...

Malaysian Idol atau Malaysian cendol???
Sudah pasti, ramai yang tidak sabar-sabar untuk mengetahui siapakah yang layak ke pusingan seterusnya. Sudah ramai pula yang pergi ke ujibakat tetapi kembali dengan hampanya. Ada juga yang turut gumbira kerana terpilih. Namun, realitinya... 8tv jugak yang kaya-raya. Kita yang dok kat rumah ini bukan dapat apa-apa. Habis duit bayar karen dan habis duit bersms. Setakat nak gelakkan mereka yang nyanyi macam kera sumbang tu bolehlah.
Kengkadang mem hairan. Kenapalah mereka yang suara macam katak puru pon nak menyanyi jugak dan mengaku suara dia lagik best dari Jacklyn Victor? Kalau betul-betul sedap tu tak pelah. Ini Masya-Allah, mem dengar pun macam gegak-gempita halilintar membelah bumi. Memang tak salah pun kalau kena kutuk lembu-lembu (kaw-kaw) dengan Paul Moss dan Roslan. Diorang ni perasan je lebih. Tak pun teringin bebenor nak keluar TV. Maklumlah, bukan mudah ye nak jadi perhatian seluruh Malaysia ni.
Mem bukannya minat sangat. Setakat tengok jelah. Mana yang tak sedap tu, mem kutuk lerr.. Sedar-sedar le kemampuan diri sendiri. Jangan cakap besar kalau tak ada kemampuan nak jadi penyanyi yang hebat. Fasal sms.. huh, tak kuasa mem nak ngantor! Lagi bagus bersms dengan abang. Boleh jugak melepaskan rindu walaupun hari-hari jumpa. Kui... kui... kui...
** Mem tak sanggup nak pergi audition dia sebab mem takut kalau mem yang nyanyi nanti Paul Moss masuk spital. Terus tak dapat jadik juri lagi. Apa-apa pun, "I see you in KLlah!".
0 Comments:
Post a Comment
<< Home