Hobi mem macam-macam
Kali ni mem nak bercerita fasal hobi pulak. Masa kita kecil-kecil dulu, selalu cikgu akan tanya apa hobi anda? Ada yang cakap melukis, membaca, mengumpul setem dan sebagainya. Hobi mem pulak tak tentu. Ikut keadaan semasa dan hangin yang datang. Kalau angin sepoi-sepoi bahasa, hobi pun oklah. Kalau hangin tak reti bahasa.. hobi pun tak macam hobi dah.
Dulu-dulu masa jadik secretary kat Law Firm, mem suka kumpul setem. Disebabkan firma kami tu rajin sangat berbalas surat demi untuk menyampaikan surat saman atau mengutip hutang dan sebagainya, maka banyaklah surat balasan yang diterima. Secara tidak langsung, setem yang pelbagai pun didapati. Mem tak curi tau! Mem mintak baik-baik dengan bos, cakap kat dia mem nak setem tu sebab mem kumpul. Akhirnya dapatlah mem kumpulkan beberapa puluh setem yang menarik jugak adanya. Rasanya dah lebih seratus keping. Bila berhenti kerja, mem dah tak kumpul setem lagi sebab kerja kat tempat baru dalam bidang lain, bukan dalam bidang berutus surat.
Hobi lain yang seterusnya sejak dari bangku sekolah sampai la ni ialah membaca novel dan menulis sajak. Puitis jugaklah sesekali kalau tengah feeling-feeling tu. Pantang Pesta Buku, bergedik kaki nak pergi. Puaslah memaksa abang pergi ke sana untuk melepaskan hajat di hati. Bila nampak novel aje, macam nak melompat-lompat jimnastik kegembiraan. Mem siap buat koleksi novel lagi sejak dari bangku sekolah. Dulu-dulu kumpul buku Melati Publications. Lepaih tu, Creative Enterprise dan la ni Alaf 21. Tapi, buat masa sekarang ni, mem berhenti kejap kumpul novel disebabkan faktor-faktor tertentu. Lagipun, mem frust sebab banyak buku hilang, orang pinjam tak pulang. Sebab tu sekarang ni mem kedekut kalau orang nak pinjam novel.
Kalau nak menulis sajak, mestilah kena pada masanya. Timing tengah cantik, idea banyak maka buku nota kecik dalam handbag itu akan menjadi mangsa tempat mem meluahkan perasaan. Biasanya, sajak tu, mem sorang aje yang faham. Biasalah, benda-benda macam nikan lahir dari hati sendiri.
Pernah jugak mem cuba-cuba tulis novel. Dan ada sekali mem hantar kat Alaf 21. Tapi, katanya masih belum mantap lagi. Diorang janji nak pulangkan balik manuskrip mem tu. Sampai la ni pun, tak pulang-pulang. Mem tak kisah sangat. Jangan sampai kena ciplak dah. Dahlah dalam intro novel tu ada sajak istimewa mem. Nasib baik mem simpan satu copy. Mem tak kisah kalau kena reject pun. Yang penting, kita usaha lagik sampai berjaya.
Hobi yang sekarang ni pulak ialah memblogkan diri dan mengacau makencik serta melawat ke blog makencik. He he he... Bukan apa. Mem minat tengok gambor2 kat blog makencik tuh. Nanti, kalau cukup duit, mem pun nak beli digicam sendiriklah. Nanti boleh melaram dan posing maut, lepas tu post kat sini. Hi hi hi... haru!! Kengkadang, kalau tak banyak kerja, mem melawat jugak blog-blog dan website orang lain. Kalau rajin pulak, mem tengok source code dia. Boleh recall balik ilmu coding Html dan Java yang sudah lama mem tinggalkan masa dekat U dulu. La ni, banyak yang dah lupa dan kena belajar balik.
Kiranya, hobi yang terkini ialah bertenet di internetlah. Maklumlah, dekat ofis dapat bertenet free.. Browse saje ke mana hendak. Cuma sesetengah je tak boleh sebab ada firewall company. Games pun tak boleh juga. Tapi mem tak kisah sangat sebab mem ni bukan kaki game. Mem lebih prefer tengok gambar dan baca cerita orang. Selain tu, disebabkan mem ni minat sangat dengan kucing, mem pun ada jugak browse fasal makhluk Tuhan ni. Banyaklah baka kucing yang mem dapat tahu. Dari Abyssinnian, Ocicat, Bengal, Siamese, dan macam-macam breed lagi.
** Lepas ni nak buat apa pulak ye sebagai hobi?

0 Comments:
Post a Comment
<< Home