Kucing yang asyik-masyuk tido
Melihat gambar ini tentunya semua ingat ini adalah kucing yang aku bela. Ha ha ha. Dan sememangnyalah ia kucing peliharaanku. Menjaganya cukup mudah. Hanya perlu karen sahaja. Kenapa yek? Sebabnya kucing ini aku letak dekat desktop komputer. Kah kah kah, kena tipu! Hee... hee...
Ini sebenarnya gambor aje yang aku ambik kat internet buat penghias desktop aku kat ofis. Aku memang suka kucing yang amat. Kalau dapat, akanku peluk dan cium dan peluk dan cium dan peluk dan cium lagi... (ulang sampai lapan ploh plat kali)
Bila aku tengok kucing ni, aku nampak muka aku sendiri. Sebabnya ialah... bila tengok skrin komputer kan terbias bayang sendirik kat cermin tu. Kwang kwang kwang. (Lawak senyonyong lagi) Apa pun, kucing ni memang comei yang amat apabila tengah asyik-masyuk tidur.
** Teringat pulak kat kucing aku dulu (Koko) yang kaler oren belang-belang tu. Pemalas macam tulah. Tau tidur dengan makan aje. Kalau tidur, empat-empat kaki naik ke atas. Tak ingat dunia punya tido. Gempa bumi pun tak sedar.
0 Comments:
Post a Comment
<< Home