Makanan feveret


Kue teow dan teh ais, kau kekasih awal dan akhirku... slurrpp!! Yummy...
Bercerita fasal makanan feveret ni memang buat mem rasa laporr... Dahlah tengahari tadi sempat makan nasi goreng 2 3 sudu aje. Perut ni pulak tengah menyanyi-nyanyi. Hari ni sebenarnya mem malas nak masak. Bangun tidor lambat gila hari ni sebab mengantuk. Kain baju pulak dah penuh baldi tak berbasuh. Pukul 2 ada meeting lagi kat opis walaupun hari ni masuk kerja kul 3 petang.
Mem dah bagitau abang mem malas nak masak hari ni. Tapi kena dera jugak. "Alah, awak masak laa... ," Kedengaran suara abang memujuk bila mem call dia pagi tadi mintak dia belikan terus makanan tengahari merangkap makan malam sekali. Mem dengan malas dan mulut muncung sedepa pun terpaksalah memasak juga. Hari ni masak nasi goreng aje. Makan jelah apa yang ada.
Mem sebenarnya suka sangat makan char kue teow. Setiap kali pergi pasar malam wajib mem beli. Kadang-kadang, kalau pergi outing ke KL, mem akan singgah di CM dan pekena char kue teow dekat gerai Teppan Yummie. Sedap. Tapi tak cukup sepinggan. Rasa nak tambah lagi. (Dasar pelahap punya orang!)
Selain tu, mem juga suka sangat minum teh ais dan selalu gaduh dengan abang sebab tak dapat minum teh ais. Abang memang tak benarkan sangat sebab maklumlah minuman berais ni tak elok untuk kesihatan. Tapi, mem totap belasah juga. Dan tengahari tadi, kerana tak sempat makan di rumah akibat kesuntukan masa, mem telah merajuk. Tetapi kerana dipujuk dengan teh ais, maka tak jadilah mem nak merajuk lagi. Sonang ajo nak pujuk mem ni. Bagi je makanan feveret, abih cerita. Kalau bagi bunga, tak do nyer den layan haa...
** Majulah perut untuk makan
0 Comments:
Post a Comment
<< Home