Mari bercakap tentang cerita favourite..

Movie favourite aku dan abang. Suka yang amatsss!!!
Tengok gambar ni semua orang pun tahu tajuknya apa. Ya, FINDING NEMO terbitan Walt Disney PIXAR animation. Aku memang cukup-cukup suka dengan cerita ni. Daripada dulu masa ia baru-baru keluar sampailah sekarang. Masa dok kat rumah sewa kat flat dulu, asal time makan aje aku mesti bukak cerita ni. Sekarang pun sama. Kalau ada waktu terluang cuti-cuti Malaysia pun akanku buka juga cd cerita ini. Bila melihatnya aku rasa gembira kerana aku rasakan dari segi latar-belakang pencahayaan dan pewarnaan filem ini yang sungguh berwarna-warni dan ceria. Sesuai untuk tontonan kanak-kanak dalam lingkungan 4-12 tahun.
Hari tu satu malam, abang cakap dia nak pinjam cd cerita ni. Aku ingatkan abang tak suka mulanya. Esoknya bila aku mintak dia tak nak bagi. Katanya nak tengok lagi. Rupa-rupanya setiap kali time nak makan aje dia bukak cite ni. Ceh, hampeh tul! Tak dapek aku nak nengok cite feveret aku ni. Rasanya setakat ini dah lebih 30 kali aku tengok. Tu pun tak puas lagi.

Madagascar. Dialog: Marty-"Hello, you are biting my but!" Alex-"No, I'm not!!"
Cite ni pun menarik jugak walaupun tak menawan hati sanubari aku sebagaimana Finding Nemo. Madagascar baru aje diterbitkan. Baru semalam aku membeli 'cd print rob'nya. Gambar clear. Canteekkk wa cakap lu. Berbanding dengan Shrek 1 & 2, aku rasakan cerita ni agak simple storylinenya tetapi dialog-dialog lucu dan aksi-aksi yang lawak tetap menghiburkan. Terutama tang zirafah di dalam kotak kayu tu. Haru! Hu hu!! Boleh tahanlah. Aku bagi 3 1/2 bintang. Tapi, apapun, Finding Nemo tetap beraja di hati.
** Kadang-kadang aku rasa diri aku ini macam cerita Shrek tulah. Seringkali disalahmengertikan. Tapi aku peduli hapa! Asal hati aku gumbira bersama abang, family dan kengkawan yang menghargai.
0 Comments:
Post a Comment
<< Home