Mem membaca novel
Bercerita fasal novel, dah lama tak membuat operasi membaca novel sejak dari Pesta Buku 2005 tempoh hari. Sempat le jugak membeli sebuah buku. Tajuknya : DENDAM PERINDU. Membaca buku ini buat aku pening pada awalnya. Sedikit berbelit-belit. Namun, secara keseluruhan, memang menarik. Cuma, tang teori-teori psikologi tu aku escape aje sebab kalau baca pun bukannya faham. Sesiapa yang nak tahu isi kandungannya, silalah dapatkan di pasaran.
Selain itu, aku sebenarnya ada menyimpan beberapa buah novel sebagai koleksi peribadi. Kebanyakkannya adalah dari terbitan Alaf 21. Dahulu, variasi novelnya agak bagus. Tetapi sekarang, aku dapati kebanyakan novel-novelnya mempunyai jalan cerita yang lebih kurang sama dan boleh dianggarkan apa yang akan berlaku walaupun baru membaca beberapa helai mukasurat. Cuma sebahagian kecil sahaja novel yang mempunyai jalan cerita yang amat menarik aku rasakan seperti Arjuna Hati dan Dendam Perindu ini. Lepas ni akan aku upload pula senarai koleksiku dan senarai sebahagian buku-buku yang telah aku baca.
Mungkin selepas ini aku akan beralih kepada terbitan lain pula untuk mengetahui bagaimanakah gaya penceritaan mereka. Mungkin ada yang lebih menarik. Mem ni cepat bosan kalau dok baca cerita lebih kurang sama aje. Kalau cerita Alaf 21, heroin-heroin mesti lawa gila dan minat baca novel. Ayoo... Tak ada idea lain ke?

** Nanti mem tulis novel sendirilah. Fasal apa ye? Fasal makan. Yum... yumm...
0 Comments:
Post a Comment
<< Home