Padan muka
Memang padan dengan muka mem ini. Padanlah yang amat sangat. Tak ada longgar mahu pun ketat. Ini gara-gara kes merajuk tak sudah la ni...
Hari ni abang suruh mem drive sendiri pegi ofis sebab dia ada hal. Konon nak merajuk sebab tak ada orang hantar (padahal boleh pegi sendirik, ngengade je lebih!) mem pun makan tak makan lerr. Dalam erti kata lain, makan sikit aje tengahari tadi. Itu pun makan asam laksa aje kat kedai. Boleh tahan jugak rasanya, cuma tawar sedikit. Tengok nasi langsung tak mahu sebab kekononnya sedih laa ni.
Sekarang ni kat ofis dah kul 5 petang, perut pun mulalah berdondang-sayang. Mulalah terbayang makan yang sedap-sedap di ruang mata. Nasib baik air liur tak meleleh. Lapar punya fasal, terpaksalah mintak abang belikan mee rebus. Dah tu kepingin pulak nak meratah coklat. Dah lama tak merasa la. Nasib baiklah, kawan tu melayan juga dan sanggup belikan. Kalau tak menangih la perut mem ini sementara nak menunggu makan malam. Uwaa!!!
Bukan apa, mem ni kalo makan benda-benda spesis mee dan laksa ni, harus makan 2 kali. Tengahari dan petang untuk elakkan kebulur sementara nak makan malam. Kalau makan nasi tengahari boleh terus tahan sampai makan malam. No hal. Makan mee atau laksa pulak bukannya boleh telan banyak-banyak sekaligus sebab perut mem ni kecik. (Walaupun ada unsur-unsur lemak di situ.)
Pengajaran yang diterima hari ini ialah: Tulah, jangan mengada-ngada sangat membuli orang jadik driver kalo kita sendiri reti bawak kereta walaupun tak pro. Tak payah le nak menyeksa diri sampai tak makan kerana ikut rasa hati. Nanti siapa yang kebulur? Perut mem jugak. Dah tu susahkan siapa suruh belikan makanan? Abang jugak.. Kalo abang tak layan? Jawabnya PADAN MUKAAA!!!!
** Merajuk pun ade hadnya. Jangan sampai perut anda merajuk juga.
0 Comments:
Post a Comment
<< Home