Resepi masak-masak bersama chef mem
Yaa... Puan-puan dan tuan-tuan yang suka memasak. Bertemu lagi kita dalam rancangan mari memasak bersama chef mem. He he he... (Ada gaya tak jadik hos rancangan masakan? Ha ah. Rancangan masakan "Kuali Meletup!".)
Dah dekat seminggu tak masak. Asyik makan kat kedai aje. Makan dekat kedai ni memang best. Apa yang bestnya? Best sebab kita cuma order : "Mamak, mee kari satu!". Lepas tu, tunggu sat dan tak lama lagi dah siap dah satu hidangan di depan mata untuk dingap. Juga, tak perlu susah-payah cuci pinggan dan kemas dapur. Tang yang tak bestnya ialah bila... "Semua sekali 4 inggit lapan ploh sen ye. Bayar kat kaunter." Ceh, mahal! Dahlah tak sedap! Itulah diantara dialog-dialog dan rungutan hati kita bila makan kat kedai dan dapati Mee Kari dia tak sedap langsung. (Tak ada rasa mee ataupun kari tapi mahal tak ingat dunia!)
Oleh itu, untuk memuaskan hati, kita masaklah sendiri kat rumah. Nak lebih garam, sos, kicap dan sebagainya... suka hati sendiriklah. Hari ni mem kerja petang. So, pagi tadi ada banyak masa kat rumah. Lepas kemaskan satu rumah mem pun memulakan aktiviti memasak sebab ada permintaan dari abang yang rindu nak merasa masakan mem yang katanya sodap bebetul boleh challenge Iron Chef. Maka kembang hidung semangkuklah mem dibuatnya hingga bersemangat sekali untuk memasak hari ini.
Resepi mem untuk dinner malam ni ialah : Daging goreng lada hitam, Sup campur dan sambal belacan pedas menyengat. Setelah cuba-cuba mengubah resepi akhirnya mem telah berjaya menghasilkan daging goreng lada hitam yang begitu lazat sekali. Best gila waa cakap luu!!! Rupa-rupanya kalau masak guna marjerin lagik sedap dari guna minyak. Dan kepada mereka-mereka yang ingin mencuba resepi mem yang tak seberapa ni, silalah cuba, jangan tak cuba. Mem tak kenakan bayaran pon.
Ambil daging, potong ikut suka hati, perap dengan Kicap Manis, garam, serbuk perasa, lada hitam, dan Maggi seasoning. Lepas 15 minit, panaskan kuali, masukkan 2 sudu marjerin dan gorenglah daging itu. Masukkan bawang putih, bawang merah dan halia. Kasik sampai dia masak, masukkan kicap dan sos tiram, tambah air sikit (kalau sapa yang nak pekat-pekat boleh taruk tepung jagung), sos plum dan madu. Kemudian, masukkan sayur-sayuran yang anda suka. Macam abang tu, dia suka sangat makan jagung tapi kali ni mem tak taruk jagung, mem taruk lobak aje sebab jagung dah letak dalam sup. (Nanti karang mesti dia tanya," Mana jagung? Jagung tak ada ke?" dan Mem akan jawab :"Bukak ladang jagung sendirik!".)
Itulah resepi mem yang sungguh perasannya konon dapat mengalahkan Iron Chef. Terima kasih kepada peminat-peminat chef mem semua. Kita bertemu lagik dalam rancangan Kuali Meletup bersama Chef Mem akan datang..
** Lepas ni mem akan paksa abang cuci pinggan sebab mem dah ponat memerah idea masakan yang sungguh unik ini. Jangan biarkan lelaki-lelaki bersandar kekenyangan selepas makan. Deralah mereka seadanya supaya mereka tak rasa macam maharaja yang tahu semuanya dah terhidang di depan mata dan makan ikut suka hati aje...
1 Comments:
Tahniah tahniah..baru hari ni dapat jengah blog hana. cuti seminggu, maklumlah, cuti sekolah, walaupun takde anak pun yang sekolah..:-)
By
Elf, at 8:41 AM
Post a Comment
<< Home