Sajak: Kiranya..

Suatu penghayatan...
Kiranya lewat hari ini
Aku bermimpi lagi
Jadi seorang serikandi
Mahu apakan kubawa
Lewat ke medan tempur
Menggalas suatu amanat
Mendukung pertiwi
Kiranya hari ini kupunya upaya dalam diri
Meredah niskala mimpi
Melayar lancang di tengah segara
Mencari sebuah identiti
Di dalam realiti
Kiranya kupasti
Lorong yang kutempuh ini
Yang diredhai
Maka hilanglah gundah dalam hati
Harus jua aku lewati
Onak dan denai berduri
Kerana kutahu
Tuhan itu SATU
Dia pasti merindu
Kan memanggil aku sekian waktu...
** Coretan dari diri ini
0 Comments:
Post a Comment
<< Home