Welkam home Mem!
Yaa... setelah berhari-hari menghabiskan borehh di rumah mem kat kampung, maka hari ini secara rasminya mem telah kembali ke bumi Kuala Lumpur ini dan bertugas seperti sediakala.
Pagi tadi mem sampai ke stesyen Putra itu dan bertemu dengan sepupu-sepupu mem yang menaiki bas berlainan. Depa pun dari Terengganu juga dan datang ke KL kerana nak menguruskan salah-seorang sepupu mem itu yang bakal berangkat ke New Zealand untuk belajar jadik doktor bertauliah. (bilalah aku ade peluang nak ke obersea jugak ya?)
Setelah itu mem terus balik ke Sungai Besi naik lrt dan dijemput oleh drebar mem itu. (Ya... siapa lagik kalau bukan cik abang.)
La ni, mem masuk opis kul 3 ptg kerana keja malam. Ponatnya tidak terkira sampai mem rasa nak pengsan. Hari ni pun mem tak bercakap banyak dengan budak-budak opis dan moody semacam kerana tak sihat. Bayangkan, kat kampung hari-hari hujan. Semalam masa nak naik bas pun hujan lebat sampai mem basah lencun dan tidur dalam bas bersenandungkan ekon yang sepoi-sepoi tak reti bahasa. Rasa macam eskimo kat Kutub Utara jek..
** Sempat jugak bertenet di internet kat kampung mem menggunakan dial up TMnet yang macam siput sedut itu.. Huh, ketagih!
0 Comments:
Post a Comment
<< Home