Good luck 4 exam dear!!!

Siapa yang ambik exam? Kan mem dah lama abis sekolah? Grad universiti pun dah dekat 2 3 tahun dah. Exam pekebendanya?
Ooo... Sebenarnya ari ni merupakan hari exam untuk abang yang ambik ujian SPA untuk masuk keja gomen (goverment). Harap-harap abang dapat lulus dengan cemerlang. Sian kat dia tido lambat semalam sebab nak buat persiapan. Mem pulak gi ngacau. Hehehe
Abang ambik exam ari ni kat Sekolah Alam Shah, Putrajaya. Bila la nak gi jenjalan kat Putrajaya lagi ye? Best tu... Apa pun, di kesempatan ini mem ucapkan selamat berjaya kepada abang. Semoga lulus dengan cemerlang, gemilang dan terbilang. Kalau dah lulus belanja mem makan Sate Kajang!
** Sebut aje fasal makanan, perut terus berdondang sayang. Cheewah...
0 Comments:
Post a Comment
<< Home