Hujan turun membasahi bumi

Waa.... Kalau abang tak kejut aku tido pagi tadi, sah sah terbabas tak pegi keja ari ni. Well, sekarang dah masuk shift pagi. Bosan la pula keja waktu ofis hour ni. Standard aje.. tak kick langsung. Bilalah dapat keja petang balik?... Hmm...
Semalam masa nak tidur hujan dah turun renyai-renyai. Mata pun menjadi ngantuk yang amat. Bila dah berlabuh atas katil terus tak ingat dunia sampai jam bunyi kul 6 pagi pon tak sedar-sedar. Last-last jadilah Subuh dinosour ari ni. He he... Kalo mak tahu mesti kena balun!
Pegi keje pulak hujan turun dengan lebatnya ari ni. Apalagi, jalan pun jem la macam biasa. Nasib baik ari tu mem dah tukar tayar kereta dan plat brek yang baru. Kalo tak, mahu eksiden sebab brek tak makan dan tayar botak. Apapun, syukur le dapat sampai ke opis awal dan selamat. Tapi, kain buju kurung ni basah lencun. Apalagi, buat aktiviti la mem pagi ni. Pegi toilet, angkat kain dan keringkan guna alat pengering tangan yang keluarkan udara panas tu. He he....
** Bagus jugak hujan. Cuci sikit jalanraya dan terang udara kita. Tak delah berjerebu lagi. Hujan tu kan rezeki....
0 Comments:
Post a Comment
<< Home