Konvo oh konvo


Kalau ada yang tinggal berhampiran dengan UPM sekarang ni memang le terasa bahangnya. Ya... itulah dia majlis konvokesyen ke-29 UPM yang berlangsung bermula 31 Julai hingga 2 Ogos 2005. Bulan depan pon ade konvo lagik.
Yang nak diceritakan bukanlah fasal konvo mem. Mem dah pun selamat mengkonvokan diri sejak April 2003 yang lalu. Yang berkonvo kali ni ialah kakak mem yang sulung itu. Akhirnya, habis jugak minah ni belajar setelah menempuh pelbagai rintangan dan halangan.
Kakak mem grad 1 Ogos iaitu pada hari Ahad petang. Dan, memlah yang paling sibuk mengalahkan orang yang berkonvo itu sebab kena arrange makan minum, tempat tinggal dan pengangkutan family mem yang datang dari kampung. Jadik mak andam untuk kakak pun mem juga. Memang penat sampai terketar lutut mem nih.
Walau bagaimanapun, mem ambik kesempatan ini untuk ucapkan tahniah. Mem biasa aje dan tak la excited sangat sebab dulu pun mem grad UPM jugak. So, mem dah rasa semuanya. Tapi, teringin juga nak mengulangi detik itu. Kalau ada peluang, Insya-Allah.
0 Comments:
Post a Comment
<< Home