Main masak-masak lagi (kuetoew goreng)
Dah lama mem tak keluarkan resepi dari rancangan kuali meletup kita ni ya? Seperti kengkawan sedia maklum, mem memang gomar sesangat le makan kue teow goreng atau char kuewteow. Sekarang ni penyakit ini telah pun berjangkit kepada siapa lagi kalau bukan si abang. Cuma bezanya, abang lebih suka (sangat-sangat suka sampai tak ingat dunia!) makan kueteow goreng ayam yang mem masak. Satu bungkus kue teow tu kalau goreng, mahunya abih kat kitorang dua orang je. Tak nyempat orang lain nak merasa.
So, ari ni mem nak ceritalah fasal secret reciepe mem ini. Nape yang abang suka sangat makan kueteow goreng ayam mem itu dan kengkadang merayu-rayu supaya mem masak. Adalah sesekali mem bomoh-bomohkan. (Mintak setokin 'Pak Abu' [bukan nama sebenar] jiran sebelah umah mem buat celup-celup dalam air rebusan!). Huargh huargh huargh!! Kalau iye aku bomohkan mamat tu dah lama le selamat jadi laki aku. Hehehe.. Tak denya sampai ati aku nak bagi orang makan pakai setokin celup. Huiii... mem pon tak lalu. Uwekkk!!!!
Apa pun, di sini, mem sertakan resepi kueteow goreng mem itu. (Tak kira! Walaupun Chef Wan dah kuarkan berpuluh buku resepi, mem tetap nak letak resepi kat blog ni jugak.)
Seperti biasa, bahan-bahannya ialah bawang putih beberapa ulas, bawang besar setengah labu (juga boleh guna bawang merah kalau tak de - agak-agak sepadan untuk menumis), cili giling atau cili boh dan untuk menyedapkannya lagi, sila tambahkan sesudu dua serbuk cili alagappas atau babas. (Yang nilah menjadikan rasanya berbeza daripada yang lain!). Tumiskan hingga garing dan wangi, lepas itu masukkan ayam, tambahkan sedikit air, garam dan perasa, sos tiram, sos cili, sos tomato serta kicap. Gaul hingga sebati. Setelah agak masak, masukkan kueteow dan telur hancur (telur ini digoreng terlebih dahulu dan scramble aje - tak perlu letak garam. Just letak maggi seasoning). Mem lebih suka goreng telur hancur ni asing-asing daripada pecahkan telur sekaligus dalam kue teow sebab nanti kueteow tu jadi berlendir le pulak. Selepas tu bolehlah tambahkan daun kuchai atau daun bawang dan taugeh. Maka siaplah kue teow goreng kita. Bolehlah hidangkan pada abang yang dah kebulur menunggu dari tadik.

Dialog dengan abang:
Mem: Sedap tak ana masak bang?
Abang: Sedap... sedap. Tapi sedap lagi Limah Janda tu masak.
Mem (angkat kening): Limah Janda mana ni?
Abang: Ala... Limah Janda kat pasar malam tu. Yang abang selalu beli mi rebus kat gerai dia tu. Anak-anak dara dia cun-cun belaka. Berkenan abang.
Mem: (tak perlu cakap apa-apa. Hulur tangan dan cubit lemak di bahagian perutnya!)
Abang: Adooiii... tulun-tulun otromen!!! Sakit! Ampun tak buat lagi!
Mem (sambil senyum-sengih): Tau tak pe!
0 Comments:
Post a Comment
<< Home