REVIEW KHAS!!!!! (part - 1)

Tajuk: DEDAUN HIJAU DI ANGIN LALU
Penulis: Manaf Hamzah
Tahun Terbitan: 1987
Cetakan semula: 2002
Penerbit: PENERBITAN NASIONAL
Ehem... ehem... Cemane nak mula ek? (Eleh! Sempat pulak nak buat-buat tanya!) Mm... Sebenarnya ada suatu rahsia yang ingin mem kongsi ini. Sudah bertahun-tahun lamanya mem pendamkan hasrat ini dan Alhamdulillah, akhirnya termakbul juga dengan kehendak Tuhan yang Maha Esa... Sebelum mem beritahu apakah ia, ingin mem berkongsi cerita disebalik apa yang telah mem milikki ini. Ceritanya bermula begini....
14 September 2005
Mem duduk kat bilik sambil sembang-sembang dengan si Nurul fasal buku cerita. Tau ajelah kitorang ni. Kalau dah bercerita fasal novel, memang tak ingat dunia punyer sebab kami memang sama-sama suka sangat baca novel. Dari terbitan Alaf 21, Creative Enterprise dan lain-lain lagi. Memang kaki baca buku betullah. Koleksi kitorang pun berlambak kat rumah. Sambil-sambil tu berceritalah kami tentang tajuk sebuah novel yang telah lama kami baca ketika waktu muda-muda dulu. Tajuknya: DEDAUN HIJAU DI ANGIN LALU. Mem memang tangkap cintan abiss laa dengan novel ni. Memang best giler yang amat.
Kali pertama mem baca novel ni ialah sepuluh tahun yang lampau. Ketika itu mem di tingkatan 3. (Dah tua rupanya aku!) Memang buku ni jadi kegilaan semua yang suka baca novel. Novel itu kepunyaan member mem. Ramailah yang berebut-rebut nak baca buku ni sampai hampir lunyai dibuatnya buku tu. Seingat mem covernya masa tu berwarna kuning dan gambar di hadapannya adalah lukisan kartun seorang perempuan, seorang lelaki, daun-daun berwarna hijau yang ditiup angin dan lain-lain. Padanlah dengan usia penerbitannya.

15 September 2005
Cam biasalah... pegi ofis buat kerja cam selalu sambil browse internet. Sesambil tu mengupdate blog, tengok email, ngacau blog makencik dan kengkawan yang lain. Tiba-tiba teringatlah pulak kat novel yang dibincangkan semalam tu. Terasa hati meluap-luaplah pulak nak tahu fasal novel tu. Dah tak diterbitkan lagi ke? Sebab memang dah puas mem cari kat kedai buku sepanjang sepuluh tahun ni, tapi tak pernah nampak ada dijual di mana-mana. Tup-tup masa browse tu mem terbuka website Alaf 21 dan Creative Enterprise. Menurut Aflin dari website Alaf 21, Novel tersebut diterbitkan oleh PENERBITAN NASIONAL, sebuah syarikat penerbitan dari Singapura.
Mem pon cubalah search pulak penerbit tersebut. Ada rupanya website dia. Tengok-tengok dalam senarai ada nama sebuah kedai buku di Taman Sri Gombak yang merupakan pengedar tunggal penerbit tersebut di Malaysia ni iaitu Pustaka Islamiyah Sdn. Bhd. Mem pun search lagik dan sampai ke website Creative dan nampak alamat beserta nombor teponnya di situ.Dengan tangan terketar-ketar, terus mem mendail nombor yang tertera. Dalam hati ni memang dah dag dig dug dah sebab risau takut kompeni tu tak wujud dah. Kalau tak wujud bermakna tak ada peluanglah mem nak dapatkan buku tersebut. Kalau nak beli secara online dengan penerbitnya kena bayar dalam Singapore Dollar. Satu hal le pulak! Mem dengar ada deringan dan kemudian ada seseorang menjawab talian:

Mem: Hello. Pustaka Islamiyah ke?
Siti: Ya. Siapa tu?
Siti: Ya. Siapa tu?
Fuh! Mem tarik nafas lega. Wujud lagik rupanya kedai buku ni. Mem pun bercakaplah dengan si Siti ni dan bertanyakan tentang buku yang mem carik-carik tu. Waaa!!!!!!!! Ada rupanya!! Seronok tak terkata mem Tuhan aje yang tahu sampaikan sepanjang hari tu asyik tersenyum-sengih lagik. Semua orang kat opis dan heran dah. (Ape ke heenyer budak ni? -- Sila sebut ikut gaya Wahid Senario) Hari tu jugak mem buat bayaran kat Maybeng untuk beli buku tu.
16 September 2005
Mem ingatkan buku tersebut akan sampai pada ari Senin sebabnyer mem buat tempahan pada hari Khamis. Siti cakap diorang akan poskan melalui pos Express pada esoknya. Maknanya, akan diposkan pada hari Jumaat. Kalau pos hari Jumaat, hari Seninlah sampai sebab Sabtu dan Ahad cuti. Selalunya cam tulah.
Tetengah mem sedang sibuk bekerja kat opis, housemate mem si Amar itu sms bagitau ada pos express untuk mem. Mem dah agak dah! Mesti buku tu dah sampai! Ya Allah! Masa tu waktu dalam kol 3 petang. Mem dah tak sabar-sabar nak balik umah.
Bila sampai aje rumah, mem terus ambik bungkusan pos express tu dah kuar sebab mem dah janji nak gi makan dengan abang. Dan mem telah minta abang rasmikan dengan membuka bungkusan istimewa tu. Tak sabar-sabar mem nak tengok. Mem cukup-cukup puas hati kerana setelah sepuluh tahun menunggu, akhirnya mem dapat juga buku yang menjadi kegilaan ramai ni. Syukur tak terhingga. Dan setiap kali pandang buku ni, mem akan teringat kisah-kisah lama sewaktu zaman mem di bangku sekolah ketika baru berjinak-jinak dengan novel. Mmm... rindulah plak!
** Buat Nurul, mekasih mem ucapkan kerana tolong scan gambar kulit buku novel nih. Apapun, mem tetap puas hati!
1 Comments:
mekasih bebanyak. tercapai jugak hasrat c ana nak buat spesel review utk novel ni ya. hehehe :)
By
Knew R, at 5:55 PM
Post a Comment
<< Home