Yahooo!!!! Bebassss!!!!!

Wargh.... Leganya mem setelah satu minggu membanting lidah dan anak tekak menepon customer tak renti-renti di samping menyetelkan report yang bertimbun-timbun itu. Akhirnya, setelah kesibukan itu reda, dapatlah mem kembali bertugas seperti biasa adanya. Normal seperti sebelumnya dan sempatlah mem mengupdate blog yang sudah berkurun tak sempat dijenguk ini.
Rasa macam dah hilang beban seketul batu besar atas kepala ni memandangkan minggu ini mem tak perlu lagi buat Outbound Call macam minggu lepas. Lepas ni bolehlah mem berehat seketika sambil menjengah blog kengkawan. Cik Nurul (Eidil Manira) kita dah buat blog baru. Cuma mem belum linkkan lagi blognya. Nanti jap lagilah.
Setakat ini, life mem agak sederhana. So far, semuanya berjalan smooth jugaklah adanya walaupun di sana-sini ada lekuk lekang sikit. Biasalah tu. Cuma sekarang yang mem risaukan, cemane nak cakap kat mak fasal cuti Hari Raya nanti. Berkemungkinan besar tahun ini buat pertama kalinya dalam hidup mem setelah 24 tahun beraya tak miss kat kampung, mem mungkin akan terpaksa beraya di perantauan. Waaa!!!!! Sedih la plak bila mengenangkan perkara tu. Bukan tak balik raya langsung, balik tetap balik. Cuma mungkin raya first tu aje tak sempat. Maklumlah, keje mem ni macam keje kat spital. 24 hours beb!
Tak pelah.. Nak buat cemane. Orang lain pon ade lagi yang lebih susah dari kita tak dapat beraya langsung. Apapun, good luck untuk mem. Bulan ni confirm nak balik kampung nak jumpa sepupu mem si Pijah itu yang bakal pegi Ireland. Waa.... sedihnya lepas ni 2 tahun tak jumpa!
0 Comments:
Post a Comment
<< Home