Kucing-kucingku...
Mem ni memang suka yang amat kepada kucing. Hehe... Pantang tengok, geram aje nak peluk cium. Eeiiii!!!! Geramnyer.. Baru jap tadi tengok gambar anak kucing yang kiut-miut itu.
Mem sebenarnya pun ade jugak bela kucing kat kampung. Memang adik-beradik semua suka kucing, kecuali mak. Mak tu selalu bising, kononnya bau busuk la, kucing suka rosakkan alas meja cantik dia la.. macam2. Kitorang wat bodo je lah kalu mak bising-bising marah kat kucing.
Hehe... cite fasal kucing ni kan, mem ade sekor ibu kucing dan 3 ekor anak kucing kat kampung. Kat rumah sewa ni tak delah, susah nak bela. Mari kita berkenalan pula dengan anak-anak kucing mem itu. Chewah... cam rancangan Frieskies plak!! Disebabkan gambor anak kucing mem itu tak de ngan mem, so mem surf ajelah dan carik gambor yang paling sesuai kat internet, hampir sama ngan kucing mem.

Ini adalah yang sulung sekali. Anak kucing betina Siam. Memang yang inilah paling kiut yang amat. Kitorang panggil dia Putih. Kengkadang mem panggil dia Utih jer. Dahlah manja, nakal plak tu. Suka nor main. Feveret dia ialah alas meja mak mem dan bunga atas meja. Selagi tak relai bunga tu, selagi tulah dikerjakannya. Bab makan, memang ler tak leh kompromi. Kengkadang dua kaki depannya tu pun masuk dalam pinggan makan jugak. Tak senonoh anak kucing aku ni!

Yang ini pulak namanya Itam. Dia ni pun manja jugak, tapi tak de le lelebih cam kakaknyer tu. Dia ni pun kucing betina. Kucing jenis ni orang panggil tuxedo cat. Ari tu, kakak mem panggil dia tuxedo, menyahut plak dia.. Eh eh... cam tau tau jerk. Hehe... Ari tu ekor dia eksiden. Separuh ekor putus. Berkemungkinan kena makan dengan bapak kucing sebelah rumah yang selalu jeles ngan dia. (Aku syak sebab bapak tu pun kaler hitam, so dia tak leh tengok kucing lain kaler same gak!) Puas le berbarut ekor nak bagi sembuh. Tak sure plak dah ok ke blom. Hmm... jap lagi la mem tepon rumoh tanyer..

Haa... yang ni satu-satunya anak teruna. Namanya Koko. Ini pun manja jugak dan suka duduk ngan orang. Tapi dia ni penakut semacam, tak padan jantan. Suka sangat bertempek dengan adik-beradiknyer. Bab tidor, nombor 1! Kaler dah le sebijik cam kucing lamer aku yang femes itu. Pun nama Koko gak.. Jangan jadik malas cam Koko yang dulu tu sudah!
Gambar mak dia tak delah pulak nak letak kat sini. Yang mem boleh cite fasal mak dia ialah tentang aktiviti feveretnya : bergulung dan tidur. Kitorang panggil dia gulung aje. Tak tahu apa masalah dia, tapi merata tempat dia tidur dalam keadaan posisi bergulungnya itu. Tempat feveretnya ialah atas kereta Volvo ayah mem. Warnanya ade 3, campur-campur. Sekali pandang, cam kain buruk daa.... Tapi, kucing ni yang bagusnya, dia tak suka kacau orang. Sepanjang hari dia duk diam aje (dalam keadaan bergulung dia tu). Dalam sehari tu, ade le 22 jam dia tidur gamaknyer. Bab kencing berak, memang berdisiplin. Kalau nak membuang waktu tengah malam, nanti dia akan kejutkan adik mem, suruh bukak tingkap. Cerdik jugak kucing aku!. Hehe...
0 Comments:
Post a Comment
<< Home