Happy New Year!!

Di kesempatan ini, mem nak ucapkan Selamat Tahun Baru buat semua kengkawan, sahabat-handai, kaum keluarga, pakcik ketua kampung, tok penghulu, jiran sebelah rumah, kucing-kucing mem di kampung, ayam, itik, kambing dan seangkatan dengannya.
Bersempena dengan Raya Haji yang bakal menjelang juga, mem dengan kembang idungnya mengumumkan, setelah 7 kali raya haji berturut-turut tak pernah tunjuk muka kat kampung halaman, laa ni, tahun ni punya fasal, mem baliklah adanya...
Dah lama tak merasa Raya Haji di kampung. Tau-tau sajalah. Kat belah pantai timur sana memang meriah kalau time Raya Haji. Kalau kena gayanya, mahunya lebih meriah lagi dari Raya Puasa. Tak sabar nak tengok lembu dan kambing tumbang dikorbankan!
Rasanya tahun ni, nak try resepi steak lembu plak. Hehehe... alang-alang banyak sangat daging korban tu, takkan nak masak gulai jer kot... Tukar selera skit. Ni semua penangan steak kampung Baru la ni. Mem dah siap carik itu resepi mahu masak steak best. Kalo menjadik, aku taruk ler kat blog nih. Kalau tak jadik tu, errr.... faham-faham jerlah.
0 Comments:
Post a Comment
<< Home