Happy besday abang
Sebenarnya bukanlah hari ini birthday pakwe mem yang encem itu. Besdaynya ialah pada 10 Mei baru-baru ini. Bersempena dengan besdaynya itu mem telah pun mengorganisekan surprise besday party kat ofis untuknya. Nasib tak terkejut beruk dia. Kekeekee....
Kalau tidak kerana henset mem menjerit-jeritkan alarm masa tengah dok syok-syok tengok tibi tu, maunya mem lupa nak ucapkan dia happy besday pada pukul 12 malam. Terus mem berusaha meneponnya yang telah pun selamat beradu dan mem pun nyanyikan lagi happy besday untuk budak yang dah cukup umur ni. Pastu, pi wish kat abang kembar dia gak melalui SMS.
Lepas tu, barulah mem terfikir takkan tak de pape kut? Apara punya makwe aku ni. Seawal pagi buta, mem telah berlari berkejaran ke Bakers Cottage dan membelikan kek. Semasa sedang membayar, pakwe mem yang encem tu telah menepon dan bertanya, di manakah mem dan kereta yang menghilang sebab kami pergi kerja sama-sama setiap pagi. Dia dah pun sampai depan rumah menunggu untuk menjadi drebar. Mem pun mengkelentonglah beritahu yang mem pergi hantar si Nurul, housemate mem itu dengan harapan dia akan percaya. Lalu kek itu, kusembunyikan dalam bonet kereta dan berdoa supaya dia tak bukak bonet kereta.
Memang ler mamat ni tak perasan langsung. Petangnya, terus mem conduct satu surprise party selepas berjaya memujuk akak kantin kat ofis tu untuk sediakan menu jamuan ringkas. Makanan sodap, kek pun sodap, budak2 opis pun makan tak hengat. Biasa ler kalo makan free... Heehehee.. Apa pun, dia memang gembira tapi masa sebelum besday party tu muka toya aje sebab mem wat donno sepanjang ari macam tak de apa-apa istimewa hari tu.
Pagi tu dia siap tanya lagi: Semalam ade call saya ke pukul 12 malam?Mem pun jawab: Mane ade? Awak ngingau kot. (Kelentong lagik)
Nasib baik dia tak kecik ati maupun kecik badan kerana sikap mem itu. Rupa-rupoanya ada udang di sebalik mi. Hehehe... Gambar memang tak sempat nak ambik sebab budak2 opis dah lapor tahap dewa, tak sempat nak ambik gambor, semua dah serbu makanan.
**Apa pun, untuk abang, happy birthday dengan ucapan tambahan : bila nak kahwin? Hehehehe
0 Comments:
Post a Comment
<< Home