Hati Lara
Hari ni tetiba saja aku rasa cam nak menangis. Ada kesedihan di lubuk hati. tak tau nak cakap cemane tapi rasa macam nak meraung. Bukan tak ada tempat nak mengadu, tapi aku tak tahu apa yang nak diadukan. Aku rasa cam ada tekanan perasaan yang melanda sekarang ni. Tapi aku tak pasti kenapa? Yang pastinya aku rasa cam nak balik rumah, dok dalam bilik sorang-sorang dan peluk bantal busuk aku. (Mem in a bad mood!!!!!!)
Sekarang baru aku tahu, susahnya nak berkongsi sesuatu yang menyedihkan even bersama dengan orang yang tersayang. Tapi, kalau sesuatu yang menggembirakan, mudah aje kita mencanangkannya kepada umum. Ah, forget it! Apa pun aku kena pretend seperti biasa walaupun hakikatnya aku tengah pening.
Bulan 6 nanti aku akan jadi tunang orang. Tapi sekarang aku dah rasa lain macam. Walhal sebelum ni aku yang asyik sibuk nak kahwin, nak kahwin, nak kahwin! Mengong tul lah aku ni... Sekarang dah rasa cam serba salah plak. Rasa nak lari pun ada. Adakah sebab aku ni tak berani nak berdepan dengan kenyataan?
Novel 'Kalau Ada Cinta' dah pun disiapkan dan dah submit pada editor. Tunggu ajelah. Kalau ada rezeki aku kali ni, terbitlah novel tu, dah tercapailah satu daripada 13 keinginan dalam hidup yang telah aku senaraikan dahulu. Sekarang, aku berkira-kira untuk mengedit semula novel 'Sinar dibalik Bayangan'. Problemnya, manuskrip yang lama berada di kampung, dalam kotak entah kuletak kat mana pun tak sure. Satu kerja plak nak balik ke kampung halaman. Dahlah nak mintak cuti pun bukannya senang.
Satu perkara gembira yang berlaku baru-baru ini ialah bila pengarang novel 'Dedaun Hijau di Angin Lalu' iaitu Manaf Hamzah menghantar email kepadaku dan menyatakan rasa terharunya padaku tentang review DHDL yang aku tulis di blog pada tahun lepas. Wah... rasa cam tak caye jerk pengarang tu sendiri yang email aku. Mem pun kembang bermangkuk-mangkuk la. Nasib baik tak jadi mangkuk hayun terus. wakakaka....
Oklah... tak tahu nak tulis mende lagi. Aku main hantam jer ni. Macam-macam dalam kepala yang buat aku rasa susah hati.. hai, entahlaaaaa.............
0 Comments:
Post a Comment
<< Home