Bengong ke tak bengong???

Agak-agak ade ke orang lain cam mem? dah dekat setahun bior blog tak de posting... tup-tup hari ini gatai tangan lak nak hantar post baru. Beberapa minggu lepas mem juga dah cuba menggodek-godek akaun blog mem nih yang dah lama 'berbungkus' dalam stor. tapi, ada kesukaran le pulak. Never minddd..... Dah settle dah pun.
Dah lama juga mem tak tulis apa2 story the morry. Penat seh... maleh lagi pun. Sekarang ni, mem dah bukan anak dara lagi. Dah jadik bini orang dah pun. Kahwin jugak akhirnya mem dengan anak pakcik kayo kambing tu, sapa lagi kalo bukan cik abang yang mem pernah sebut-sebut sebelum ni. Nanti kalo free mem postkan gambor kawin mem yang tak berapa fotogenik tu. Ahaks!
Hari ni mem punya mood agak tak berapa bagus. Entah lerr... Banyak sangat makan kuih raya kot. Mem baru aje balik bercuti raya kek kampong dan sampai ke Serdang semalam. Penat pun tak hilang lagi, walaupun sebenarnya mem tak memandu langsung, hanyalah sekadar penat bercakap, duduk & penat tidur dalam kereta aje.. Hehehe...
Di kesempatan ini, mem nak ucapkan selamat hari raya aidilfitri buat semua kengkawan, sedara-mara, sahabat-handai, jiran sekampong, ketua kampung wakaf tapai & gong kasim, mercang serta yang sewaktu dengannya. (sekarang kan dah ade dua kampung...)
Juga tak lupa juga buat kucing mem di kampung, si putih yang bakal melahirkan anak bila2 masa sahaja dari sekarang dengan ucapan, selamat bersalin & jaga anak baik2. Jangan bagi mati lagi. Jadiklah ibu mithali...
Sekian, wassalam.
** Ade ke patut malas nak ngapdet blog sampai bertahun? Memang tak patut!!!
0 Comments:
Post a Comment
<< Home