Have some tea

Minum teh di waktu pagi, petang mahupun ketika hujan memang best! Tambah-tambah lagi kalau teh tu tengah panas & dari jenis yang berkualiti tinggi. Memang ada ummph! la katakan.
Crite fasal teh ni, pepagi lagi mem dah pekena teh segelas di sebuah restoran ehem-ehem. Memang sedap tehnya. Tak terlalu manis & taklah pahit walaupun tehnya agak pekat. Mem cuma pekena teh o saje sebab kononnya nak membersihkan perut. Yelah.. kata orang teh memang bagus untuk membersihkan perut di waktu pagi. Elok-elok aje lepas minum teh, terus terasa cam nak berlari maraton ke toilet. Mau 'kecebor' sekejap mem pagi tadi akibat penangan teh sedap tu. Apa pun, lepas tu rasa lega sesangat. Heheh...
Hari ni punya mood agak bagus sebab bos pun belum balik lagi dari cuti. Masih lagi bercuti sakan. Tambah pulak hari ni hari Jumaat. Hari Ahad ni pulak besday mem. Tak sabor rasanya nak sambut besday lagi. Dah tua rupanya mem ni ya? Bila nak jadi mak budak? Huhuhuhu....
0 Comments:
Post a Comment
<< Home