Macam sedap!
Menengok makanan ni, macam sedap aje. Terliur pulak le nak merasa. He he... Nampak macam pencuci mulut kan? Kan? Kan? Sebenarnya, ni ialah sejenis sup yang terkenal di Russia dan Ukraine. Namanya Borsch. Dan ini jugalah tajuk artikel terbaru mem. Dah lama jugak tak menulis dan tak mengupdate blog. Oleh yang demikian, mem tulis aje artikel baru dan update blog sekaligus. Tengok sup ni, rasa lapor pulak perut yang dah sedia berdondang-sayang.
URL artikel Borsch seperti berikut:
http://www21.brinkster.com/fadhlihana/borsch.htm
Sebenarnya, ari ni mem teringin bebenor nak makan rojak ayam. tapi, kat sini mana ada jual. Kat Terengganu adelah. Sedih betul sampai kempunan jadiknya. Susah-susah sangat beli aje rojak biasa tu, lepas tu taruk ayam goreng. Best jugak kan? Hmm... mungkin boleh cuba selepas ni.
** Teringin nak merasa rojak ayam yang jual di Restoran Meka dekat Jalan Sultan Omar, Kuala Terengganu yang sedap itu. Puhhh... tangkap leleh!!!!