Orang tua-tua selalu berpesan: Hormatilah sesama kita. Budi bahasa amalan mulia. Hari2 dok tayang kat talibesen. Siap ada pantun lagi fasal amalan mulia ni:
Yang kurik itu kundi,
Yang merah itu saga,
Yang baik itu budi,
Yang indah itu bahasa.
Bukan main cantik bersusun lagi cara orang2 Melayu kita yang dolu2 menegur. Pakai pantun. Belum masuk sajak, puisi, teater. huhuhu...
Tapi, orang sekarang, mak ai! Langsung tak reti bahasa. Cakap main ikut sedap mulut aje. Aku fire ko. Ko fire aku balik. Cam ala-ala ultraman gituk. Wahwahwah... Kenapalah kurang ajar sangat ye? Mem pun kurang ajar juga. Kengkadang. Yelah. Dalam dunia sekarang ni, kita kena hipokrit sikit. Kalau tak, sampai mati orang akan pijak2 ikut suka.
Apa aku ngarut daaa.... Sebenarnya masih rasa sakit ati lagi nih. Baru semalam kena sound dengan senior manager yang tengah under probation lagi. Kesnya bukan besar pun. Setakat makan kat workstation. Siap jerit2 lak tu, nak bagi warning letter. Paling mem tak lupa, kata-katanya "This room smells like shit!" Tu orang melayu kita yang cakap cam tu. Menghina makanan lak tu. Kut iya pun kitorang salah, tak reti ke nak tegur baik2? Silap ari bulan la dia ni.. tak pun datang bulan. Eh, kalau orang lelaki... kiranya datang matahari la ye?
Mem pun tak faham. Apa yang dia dapat dengan menjerit cam tu? Nak suruh orang takut ngan dia? Rasanya orang makin benci adelah. Kita kalau nak menegur orang pun, biarlah berbudi bahasa. Lainlah kalau yang ditegur tu besar kepala tak tentu hala, barulah lain cerita. Dahlah melayu, cakap sesama melayu pun nak speaking london jugak ke? Hmm.... nak tunjuk lagak ade!
Walaupun marahnya itu tak kena direct pada mem, tapi tempiasnya tetap ade. Kalau professional sangat, tak perlulah melenting fasal isu-isu kecik cam ni. Setakat fasal makan kat workstation tu, takkanlah sampai nak dikhabarkan pada GM. Alasan yang diberi, kononnya takut pelawat nampak, nanti cam tak profesional. Hello! Awak ni datang dari planet mane? Memang ia akan beri effect pada appearance. Tapi mase tu pelawat belum datang pun lagi. Dan waktu luch time plak tu. Pantry penuh. Habis, nak makan kat mana? tau ler salah. Tapi tak perlulah menjerit macam orang kena langgar babi. Kitorang ni bukan budak2 kecik. Lagipun, yang paling penting pelawat tu nak tengok adalah sama ada sistem yang kita ada ni mampu ke tidak untuk support mereka nanti. Yang tu tak pulak nak dirisaukan. Sistem tonggang terbalik cam gila. Tapi, yang diorang sibuk nak betulkan, setakat lampu kat bulletin board dan pintu stor serta pintu menghala ke jamban. Biar bagi nampak cantik. Tak ke bodoh namanya tu? Fasal sistem yang hang, tak boleh nak guna, produk separuh siap, tak pun GM bising. Hairan ler mem. Benda remeh jugak yang nak dihighlightkan. Ini macam email the rowing teams yang mem dapat dari sorang member. I like it a lot. Mencerminkan sikap sebenar organisasi melayu kita bila bekerja. Nanti mem post kat sini. Hahahaha....